#Viral : Identiti Sebenar Admin Amran Fans Didedahkan?!



...Bukan bahan promosi
Ini facebook yang mengelarkan diri sebagai Amran Fans. Sebelum ini, cybertrooper ini dinamakan Amran Perkasa atau Amran Pekida. Page yang menjadi bahan jenaka facebooker kerana acap kali siarkan status merepek, 3 suku dan childish. Kerap juga siarkan status politik yang mengangungkan Najib dan juga UMNO.


Kami rasa tertarik....

Setelah diselidik ada yang tak kena dengan page ini. Yelah, rasa terpanggil meragui stail baru psywar cara Reb Bean Army.

Untuk lebih memahami ialah page seperti ini dijana untuk raihkan sokongan orang muda supaya membenci kerajaan walaupun gaya page ini nampak santai dan kebodohan yang bertingkat-tingkat.

Macam gaya reverse psychology

Cuba selidiki page ini, status dan komen-komennya membuatkan kita berfikir dan juga mengiyakan apa jua isu politik semasa yang berlegar dalam atmosfera media baru kini.
Ambil maklum musibat RBA nie sangat kreatif dan inovatif dalam penyampaian persepsi. Stail mereka jauh kehadapan ada kala tak terfikir akan game media macam ini.

Minta mana-mana yang champion untuk kesan musibat dibelakang page ini. Kalu boleh dedah dan kasi tau semua orang. Bukan semua orang bodoh dan boleh diperbodohkan.

Cari dan dedah...


dari Astro Awani

KUALA LUMPUR: "Tergamak betul korang report page Amran. Korang memang hendak Amran jadi jahat balik, kan?"
Itu antara catatan awal 'page' Amran Fans yang dibuka semula selepas ditutup pengurusan laman sosial Facebook kerana didakwa menerima terlalu banyak repot dan tidak mengikut undang-undang laman tersebut.

Page Amran Fans sebelum ini mendapat lebih 300,000 like dan sering mendapat tempat di hati peminat dengan catatan berbentuk humor selain dengan terbuka menyatakan perasaan hati kepada blogger Hanis Zalikha.
Beberapa blog lain juga sebelum ini turut menyatakan page Amran Fans adalah laman 'troll' Hanis yang juga popular dengan gelaran Keknis itu.

Antara catatan terbaharu Amran Fans turut menyatakan kekecewaan selain mahu peminatnya kembali memberi sokongan kepada page baharu yang mula dibuka semula 10 November lepas.



SEBENARNYA, SAYA SENDIRI PUN MASIH TAK TAHU SIAPA ADMIN AMRAN FANS TU, JADI SAMA-SAMA LA KITA MENYASAT YE...